Thursday, January 8, 2009

pertandingan akhir shuffle CatsFM Unite Fest 2008

Masa hanya tinggal beberapa hari lagi untuk pertandingan akhir CatsFM Unite Fest 2008, peminat-peminat tarian shuffle di bandar raya Kuching digesa untuk mendapatkan tiket sekarang dan jangan menunggu hingga ke saat akhir memandangkan tiket yang dijual adalah terhad.


Pihak penganjur, CatsFM dan Kuching Connection Management (KC), menjangkakan antara 500 hingga 700 pengunjung akan hadir pada hari pertandingan akhir yang akan berlangsung pada 10 Januari (Sabtu) ini. Setakat ini
hampir separuh tiket telah terjual dan untuk mendapatkan tiket peminat shuffle boleh mendapatkannya di CatsFM dan the Limited Edition di tHe Spring.

Selain daripada 15 kumpulan akhir yang akan berentap merebut gelaran juara dalam pertandingan shuffle Unite Fest 2008, terdapat satu kategori yang dinamakan One on One, masih terbuka kepada orang ramai dan pendaftarannya akan dilakukan sehingga hari pertandingan nanti.

Pelbagai aktviti akan diadakan sempena acara tersebut, termasuk pameran auto oleh kunpulan Rakan Muda dan pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK. Selain itu, pelbagai gerai menjual pelbagai jenis barangan termasuk makanan dan minuman akan diadakan.

Menampilkan tema, ‘Muzik Menyatukan Kita’, Unite Fest 2008 bermula pada Januari 2008. Selepas melalui 12 peringkat saringan, 15 daripada 80 kumpulan shuffle terpilih untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan di bangunan CatsFM, Jalan Bako, Petra Jaya bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi dijangka merasmikan majlis penutupan dan penyerahan hadiah pada CatsFM Unite Fest 2008 ini.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Alvin/Faye Murthy (Cats FM) 082 311799 dan Wayne (KC) 0168000196.

No comments:

Post a Comment