Wednesday, December 17, 2008

Kumpulan nasyid Citra muncul johan

KAMI MENANG...Kumpulan nasyid Citra.
VALENTINE NGUMBANG
Kumpulan Citra dari Sri Aman, Sarawak telah dinobatkan sebagai johan Kategori Nasyid Moden pada pentas akhir Festival Nasyid Kebangsaan ke-19 2008 yang telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini.
Kumpulan terbabit muncul sebagai johanm menerusi persembahan lagu berjudul Aura Kemasyhuran ciptaan Adam Abu Kawi dan lirik oleh Mohd. Zuzy Abd. Sani. Sebanyak 2 kategori dipertandingan iaitu Kategori Tradisi & Kategori Moden.
“Lagu “Aura Kemasyhuran” yang dicipta dan dinukilankan khas untuk Angkasawan Pertama Negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muzapher Shukor sambil liriknya digarap indah mengikut tema tahun ini iaitu “Menjana Ummah Gemilang,” kata Adam ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam.
Kumpulan nasyid Citra telah meraih undian SMS sebanyak 17.75 peratus daripada penonton untuk membolehkan mereka muncul johan sambil diikuti oleh Kumpulan Nibrash dari Sabah dengan peratusan undi SMS sebanyak 4.5 peratus
Manakala pemenang tempat ketiga iaitu kumpulan Rawiyani dari Selangor telah memperoleh undian sms sebanyak 4.23 peratus dan kumpulan Khami dari Wilayah Perkekutuan Kuala Lumpur pula memperoleh undian sms berjumlah 3.44 peratus.
Pada malam yang bersejarah itu, johan untuk kedua-dua kategori telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 disamping sebuah piala beserta dengan sijil penyertaan. Naib juara pula menerima wang tunai sebanyak RM8,000 manakala hadiah saguhati pula bernilai RM5,000 disamping piala dan sijil penyertaan.
Selaku ketua kumpulan Adam ingin melahirkan rasa syukur kepada Illahi kerana rasa kempunan untuk Sarawak membawa pulang gelaran JOHAN Kebangsaan untuk kategori moden akhirnya berjaya direalisasi pada tahun 2008 ini.
“Ianya merupakan penantian selama tujuh tahun untuk kumpulan dari negeri Sarawak memandangkan johan pertandingan ini telah dimonopoli kumpulan nasyid dari negeri Sabah.
“Walaupun ini adalah penyertaan kali pertama kami dalam Festival Nasyid Kebangsaan, saya amat berbangga sekali terhadap semangat yang ditunjukkan oleh anggota kumpulan kami selama ini,” katanya.
Beliau menerusi kemenangan ini telah merakamkan penghargaan dan rasa terima kasih terhadap penduduk di Sarawak khasnya penduduk dari sekitar Bandar Sri Aman, Maludam, Debak, Saratok serta seluruh rakyat Malaysia terhadap sokongan mereka selama ini.
“Terima kasih juga kepada ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri di atas sumbangan beliau yang berupa bantuan kewangan. Begitu juga dengan Majlis Islam Sarawak, Kuching yang tidak berputus asa memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang kami berjuang untuk FNK19 kali ini,” katanya.
Ketibaan kumpulan nasyid Citra di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada sebaik sahaja selesai pertandingan berkenaan telag disambut oleh Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak iaitu Datuk Putit Mat Zen.
Kumpulan Citra dianggotai oleh Adam bin Abu Kawi, Mohd. Zuzy Abd. Sani, Abdullah Bin Suhaili, Nurul Nik Syafik, Elfy dan Awang Khairul Amilin.

Kursus belajar Ngajat

UNTUK ALBUM...Roselyn (duduk tengah) sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama exco SIDS Sri Aman dan para peserta sebaik sahaja tamat kursus baru-baru ini.Foto: ZULIA HAJI JEMAT

VALENTINE NGUMBANG
SERAMAI 21 orang peserta wanita berjaya menamatkan Kursus Belajar Ngajat yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman bertempat di Rumah Dayak, Sri Aman baru-baru ini.

Pengerusinya, Roselyn Abunawas ketika dihubungi menjelaskan bahawa kursus yang dikendalikan oleh Catheline Musa ini telah pun bermula semenjak 6 Oktober lalu dan berakhir pada 14 Disember lepas.

“Kursus Belajar Ngajat adalah merupakan salah satu objektif daripada pihak kami (SIDS) untuk memelihara dan memastikan kesinambungan budaya kaum Iban di kalangan golongan generasi mudanya pada masa sekarang.

“Dengan adanya kursus seumpama ini pihak kami secara tidak langsung dapat mempertahankan Tarian Ngajat dikalangan golongan generasi muda waktu ini agar ianya kelak dapat diperturunkan kepada golongan generasi seterusnya pada masa akan datang,” menurut beliau.

Selain itu Roselyn juga menasihatkan golongan generasi muda pada masa sekarang agar tidak terlalu taksub untuk mempelajari budaya kaum dari negara lain untuk diterapkan dalam aktiviti harian masing-masing.

Sifat terlalu taksub terhadap budaya kaum dari negara lain kata beliau boleh menyebabkan mereka lupa akan budaya kaum mereka sendiri sehingga boleh mengancam kepupusan budaya sendiri.

“Poco-poco misalannya adalah tarian milik budaya kaum dari luar negara. Mempelajari tarian Poco-Poco tidak salah asal sahaja kita melupakan tarian daripada budaya kaum kita sendiri,” katanya.

Justeru Roselyn berharap agar SIDS, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak dan Persatuan Budaya Iban di bandar ini dapat bekerjasama untuk memelihara budaya Kaum Iban di masa akan datang.

Selain Kursus Tarian Ngajat, pihak SIDS cawangan Sri Aman juga turut menganjurkan Kursus Betaboh yang melibatkan penyertaan daripada 10 orang peserta pada tarikh yang sama (6 Oktober).

PENCARIAN BAKAT BARU DALAM CATS XPOSED

Sejajar dengan tema Pilihan Setempat Anda, Hanya UntukMu, radio swasta Sarawak, CATS FM bakal memulakan satu rancangan radio bertajuk CATS XPOSED.
Program baru itu, yang dijadual untuk siaran akhir tahun ini, bertujuan mencari band-band indie yang belum diketengahkan dan pemuzik-pemuzik yang sedang mencari ruang untuk mengembangkan sayap mereka dalam industri ini.
Dengan pendekatan yang tersendiri, CATS XPOSED berusaha menampilkan bakat-bakat tempatan ini agar muzik mereka dapat diangkat ke persada yang lebih tinggi dan dapat didengari oleh peminat-peminat muzik, yang sentiasa dahagakan sesuatu yang berlainan.
“CATS FM memang sentiasa menyokong pekembangan industri seni muzik di Sarawak, yang sememangnya mempunyai kepelbagaian dan keunikan. Dengan permintaan yang semakin tinggi untuk band-band independent seperti ini, kami percaya CATS XPOSED mampu menjadi wadah kepada bakat-bakat baru untuk membawa muzik mereka kepada aliran massa,” kata Pengurus Besar CATS, Mohd Iskandar.
Selain menampilkan kumpulan-kumpulan dan persembahan baru, CATS XPOSED akan turut mengenengahkan pelbagai pertandingan muzik berkumpulan di sekitar Kuching. Rancangan ini akan turut menghasilkan slot pendek untuk memperkenalkan persembahan dan kumpulan muzik indie baru dari Semenanjung Malaysia.
Menurut Iskandar, “Kebanyakan band-band dan persembahan yang akan kami tampilkan belum dikenali ramai tetapi mereka mempunyai peminat dan pengikut mereka tersendiri. Kerana itu, kami menjemput pemuzik-pemuzik dan band-band tempatan seperti ini untuk berkongsi muzik mereka dengan khalayak massa.”
Pemuzik-pemuzik yang berminat hanya perlu menghantar demo rakaman mereka kepada CATS FM. Demo itu akan dinilai terdahulu oleh pihak stesen bagi memastikan ia berkualiti dan menepati piawaian penyiaran sebelum disiarkan.
Demo yang baik dan terpilih akan disiarkan melalui CATS XPOSED. Pemuzik terbabit juga berpeluang untuk membuat persembahan konsert dan pentas anjuran CATS FM. Jadi, band-band dan pemuzik yang mahu menapak lebih serius dalam industri muzik tanahair dialu-alukan untuk menyertai CATS XPOSED.
Siapa tahu... anda mungkin mendapat perhatian syarikat rakaman terkemuka!!

Tuesday, December 16, 2008

Filem Histeria dan IP Man ditayangkan di Metrowealth Riverside Cineplex

Filem IP Man.
Filem Histeri.
PASTIKAN peminat filem Melayu dan Cina tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan dua filem baru yang berjudul Histeria dan IP Man pada 18 Disember ini. Histeria merupakan filem terbitan Tayangan Unggul dan diarahkan oleh James Lee menampilkan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Talya, Ainul Aishah, Yuhana dan Norish.
Ia mengisahkan enam pelajar, Murni (Liyana Jasmay) Alissa (Scha), Tini (Talya), Marina (Ainul Aishah), Junita (Yuhana) dan Kerek (Norish) ‘The Pink Ladies’ di sebuah sekolah terpencil. Tini berpura-pura disampuk makhluk halus, hingga terpaksa dipanggil bomoh (M. Rajoli) untuk memulihkan mereka namun mendatangkan kemarahan bomoh itu apabila mengetahui ianya sekadar permainan oleh mereka.
Tindakan itu menyebabkan mereka di denda tinggal di blok lama sekolah selama seminggu. Kehadiran Zeta (Reana) untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya.
Pelbagai kejadian misteri dan menakutkan dialami oleh mereka bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya yang ditanam oleh tukang kebun (Kazar). Kehilangan Junita menjadi permulaan cerita. Keadaan tambah bercelaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh secara kejam di kawasan sekolah tersebut.
Murni yang terselamat dari kejadian tersebut dan dituduh oleh pihak polis sebagai pembunuh menceritakan siapa sebenar yang membunuh kawan-kawannya. Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah yang membunuh mereka?
Manakala filem IP Man merupakan filem arahan Wilson Yip dan menampilkan pelakon Lynn Hung dan Wilson Yip. Ia merupakan filem adaptasi kisah hidup Ip Man – mahaguru gaya kungfu Wing Chun dan sifu kepada bintang kung fu legenda Bruce Lee.
Filem ini merupakan filem pertama yang merekodkan kehidupan mahaguru ini. Kesetiaan Ip dalam Wing Chun merupakan contoh klasik akan cinta dan penghormatan yang ditunjukkan kepada wushu dan kebebasan dan semangat yang ia wakili. Ip Man merupakan sebuah konsep, semangat, ideologi – dan ia menjadi epitome kepada satu era baru dalam filem-filem wushu Hong Kong.

Filem Selamat Pagi Cinta cecah kutipan RM1 juta


Tahniah kepada Metrowealth kerana filem Selamat pagi Cinta berjaya mencecah kutipan sebanyak RM1 juta sejak mula ditayangkan pada November lalu. Filem ini adalah hasil sentuhan pertama pengarah wanita muda, Norliana Samsudin dan cerita tulisan Pierre Andre.

Norliana akan sekali turun padang mengarahkan filem kedua, Cinta Alam Maya. Manakala pelakon Farid Kamil pula akan bergelar pengarah apabila projek pertamanya, Rempit V3 mula menjalani penggambaran 20 Disember ini.

SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.

Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.

Jangan Pandang Belakang Congkak

Barisan pelakon, pengarah dan penerbit filem Jangan Pandang Belakang Congkak.
Zarina AF.
Pierre Andre.
Dina Malaysian Idol.
Jangan Pandang Belakang Congkak arahan sutradara Ahmad Idham telahmemulakan penggambaran pada 25 November lalu di sekitar Perlis dan Lembah Klang. Filem ini akan membariskan pelakon-pelakon seperti Pierre Andre, Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Senario, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina Af, Mas Muharni dan ramai lagi.
Filem ke 31 terbitan Metrowealth (MIG) ini membawa konsep filem komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan dan dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 juta. Filem ini menggabungkan dua elemen iaitu seram dan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton disamping menyajikan satu kelainan.
Ditambah pula dengan sejarah filem "Jangan Pandang Belakang" dan "Congkak" yang mencapai kutipan box office, gabungan kedua-dua tajuk ini menjadi satu mbakal menarik minat penonton untuk menyaksikan filem ini.
Filem ini mengisahkan tentang Pak Sudir yang sangat kaya dan memelihara saka dan tinggal di kampung bersama pembantunya Mustika.
Di saat kematiannya, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan pendudk kampung. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor telah dipanggil untuk mengeluarkan saka tersebut. Setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.
Di Kuala Lumpur, Punai seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual telah mendapat sepucuk surat dari Pak Sudir setiap seorang. Pada hari yang ditetapkan mereka bertiga sampai ke rumah Pak Sudir dan mendapat tahu bahawa Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika? Nantikan filem ke 31 dari MIG Production Sdn. Bhd.
Tunggu kemunculan filem ini di pawagam tahun depan!!!

Datuk Norhayati Ismail terima anugerah

Foto dan teks dari Bernama
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengucapkan tahniah kepada Pengurus Urusan Rancangan TV Radio Televiyen Malaysia Datuk Norhayati Ismail selepas menyampaikan Anugerah Angkasapuri kepadanya pada majlis penyampaian Anugerah Angkasapuri 2007 di Angkasapuri di sini hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 20 kategori anugerah dimenangi pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan.


Pengurus Urusan Rancangan TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Norhayati Ismail (empat, kiri) yang menerima Anugerah Angkasapuri meraikan kejayaannya bersama pemenang-pemenang lain selepas majlis penyampaian Anugerah Angkasapuri 2007 di Angkasapuri di sini, hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 20 kategori anugerah dimenangi pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan.

Filem Brainscans: Aku Dan Topi Ajaib temui penonton 25 Disember ini

Salah satu adegan dalam filem Brainscans.
Poster filem Brainscans.
YANTISHAM
FILEM Brainscans: Aku Dan Topi Ajaib arahan Ahmad Idham terbitan Metrowealth (MIG) akan menemui penonton di pawagam Metrowealth Riverside Cineplex pada 25 Disember ini. Filem ke-27 terbitan Metrowealth (MIG) bergenrekan komedi fiksyen merupakan percubaan kedua pengarah Ahmad Idham selepas mengarah filem Tentang Bulan.

Menariknya, filem Brainscans: Aku Dan Topi Ajaib turut menyelitkan elemen imej janaan komputer (CGI). Filem ini mendapat kekuatan pelakon kanak-kanak seperti Nik Adruce, Erin Malek, Fatin Nur Afifah, Nasiruddin Nasir dan Eric Fuzi. Pelakon lain seperti M Rajoli, Sharifah Shaheera, Khatijah Tan dan beberapa artis yang lain.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.8 juta ini mampu memecahkan suasana panggung dengan celoteh dan aksi komedi spontan yang bakal dipaparkan.

Kisah bermula apabila Dr.Suzana (Sharifah Shaheera) di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron (M. Rajoli) berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat (Cat Farish) dan orang kanannya Kupan (Bob Kuman) telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim (Zul Yahya), pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.

Semasa dalam usaha melarikan diri, Cat dan Kupan bertembung dengan sekatan jalanraya oleh pihak polis. Kupan yang bersifat ‘bodoh-bodoh alang’ telah mencampakkan BS21 ke dalam semak apabila dimarahi Cat. Semasa Adruce (Nik Adruce), anak kepada Hashim dalam perjalanan balik dari sekolah, dia telah menemuinya dan membawa pulang BS21.

Di sekolah, Adruce adalah seorang budak yang kuat berangan dan sering tidur di dalam kelas. Adruce sangat menyukai Erin (Nur Arina), rakan sekelasnya dan mendapat tentangan daripada Eric (Eric), musuh ketat Adruce. Di rumah, Adruce sering tertekan dengan sikap ibunya(Nik Sayyidah) yang kuat membebel.

Sambil membelek-belek BS21 di dalam biliknya, macam-macam perkara difikirkannya tanpa mengetahui kebolehan mesin tersebut. Ibunya tidak berhenti-henti membebel dari luar bilik. Erin yang cantik sentiasa dikenang-kenang dan wajah Eric sentiasa didendaminya.

Keesokan harinya, segala-galanya berubah. Ayahnya telah mengambil sifat-sifat dan kerja-kerja ibunya dan begitulah sebaliknya yang terjadi kepada si ibu. Di sekolah, seperti di alam fantasi, Adruce dilayan seperti raja oleh semua termasuklah oleh Cikgu Bedah (Khatijah Tan); guru yang selalu memarahinya kerana suka tidur di dalam kelas, Eric yang menjadi orang suruhannya dan Erin menjadi seolah-olah puteri yang sentiasa bersama dengan puteranya.

Walaupun Adruce bahagia dilayan sedemikian tetapi dia terpaksa pulihkan keadaan kerana ibu dan ayahnya yang sudah bertukar karakter. Pelbagai usaha dilakukan oleh Adruce dan adiknya Fatin (Fatin Nur Afifah), Erin dan Eric untuk memulihkan keadaan. Tetapi, usaha tersebut bukanlah mudah kerana Cat dan Kupan sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan semula mesin tersebut. Begitu juga Dr. Suzana dan Prof. Taib.

Apakah kesudahannya dan siapakah dalang sebenar-benarnya disebalik huru hara yang berlaku? Segalanya akan disingkap menerusi filem ke-23 Metrowealth (MIG), BS21.

Bukoi Borneo dikenali di Sri Aman

BERBAKAT...Bukoi Borneo mula terkenal di daerah Sri Aman.
VALENTINE NGUMBANG
Sebut sahaja Bukoi Borneo, mungkin ramai pendengar setia stesen radio RaSA FM atau Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman yang mengenali nama penyanyi terbabit setelah lagu beliau berjudul Bujang Reraya sering berkumandang di corong radio berkenaan selama ini.
Rata-rata para pendengar stesen radio berkenaan di daerah Sri Aman ini sering meminta juruhebahnya untuk memutarkan lagu Bujang Reraya hasil dendangan Bukoi Borneo bermula dari jam 2 hingga 3 petang pada setiap hari.
Walaupun lagu Bujang Reraya tidak dihasilkan menerusi studio syarikat rakaman tempatan di negeri ini, namun lagu berkenaan berjaya menambat hati para pendengar yang sememangnya mengemari lagu berentak joget selama ini.
Penyanyi berbakat terbabit atau nama sebenarnya Chin Ah Kui, 55, ternyata berjaya menempatkan dirinya dalam hati para peminat lagu Iban di daerah ini setelah bertungkus lumus menyiapkan lagu Bujang Reraya dan empat buah lagu Iban yang lain dengan menggunakan alat muzik beliau sendiri.
“Lima buah lagu Iban yang telah berjaya saya hasilkan bersama rakan-rakan selama ini ialah Bujang Reraya, Bujang Dikerindu, Jempuk Basah Laban Hujan, Joget Dara Janda dan Bujang Beraie.
“Menerusi kelima-lima buah lagu Iban terbabit, para pendengar akan didendangkan dengan rentak muzik jenis Joget, A Go Go dan Twist,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.
Bagaimanapun Bukoi mengakui bahawa kualiti muzik dan suara yang dipersembahkan menerusi kelima-lima lagu terbabit mungkin tampak kurang kerana ianya dihasilkan hanya dengan menggunakan alatan muzik seperti keyboard, perakam radio dan gitar elektrik.
Beliau yakin sekiranya kesemua lagu ini dihasilkan di studio rakaman mungkin lagu Bujang Reraya mampu muncul sebagai salah sebuah lagu joget yang mendapat sambutan memberangsangkan dikalangan pendengar dalam negeri ini.
“Mungkin ada pihak syarikat rakaman yang menganggap saya sudah tua untuk menceburi bidang nyanyian ini secara serius dan seterusnya tidak berminat untuk menerima saya di dalam syarikat mereka.
“Namun mereka harus ingat terdapat lagi artis rakaman lain yang jauh lebih tua daripada saya. Sikap hipokrit seperti ini haruslah disingkirkan kerana industri lagu Iban tempatan bukan sahaja boleh diserikan oleh golongan muda malah oleh golongan tua juga selagi mereka ini mempunyai bakat,” katanya.
Anak jati kelahiran daerah kecil Lubok Antu ini pernah muncul juara dalam beberapa pertandingan lagu karaoke terbuka yang dianjurkan dalam pesta atau temasya keramaian di Sri Aman.
Bukoi yang kini menjadi penyelia operasi syarikat Borneo Bus kawasan Sri Aman dijangka mampu popular setanding dengan artis rakaman Iban dari daerah Sri Aman sekiranya diterima oleh mana-mana syarikat rakaman di negeri ini. Selain lagu Bujang Reraya, lagu Bujang Dikerindu juga muncul sebagai salah satu lagu yang paling mendapat sambutan pendengar radio RaSA FM selama ini.

CatsFM perkenal 3 penyampai baru

Awen, Fuzz dan Tracy.
Tracy.
Awen.
YANTI SHAM
Foto: Andre Olivero
SEBAGAI sebuah stesen radio swasta di Bumi Kenyalang, CatsFM baru-baru ini memperkenalkan tiga penyampai baru mereka yang boleh dikatakan sudah dikenali ramai iaitu Awen, Fuzz dan Tracy.
Kemunculan tiga penyampai baru ini, diharapkan dapat memantapkan lagi rancangan-rancangan stesen tersebut sekali gus menambah bilangan pendengar. Kepekaan stesen radio tersebut memenuhi keperluan semasa para pendengar stesen radio ini yang sentiasa mahukan kelainan termasuklah dari segi para penyampai yang akan ke udara.
Menurut DJ Fuzz atau nama sebenarnya Mohd Fadzli bin Daud, 20, dia memang meminati bidang penyampai radio ini sejak kecil lagi dan sudah sekian lama menunggu untuk menjadi penyampai radio.
Fuzz yang kini mengendalikan segmen Apa Kenapa (Isnin), Love Diary (Rabu) dan Sport Chat (Selasa) mengatakan bahawa bidang tersebut memang sesuai dengan jiwa dan cita rasanya. Sejak bergelar penyampai radio, Fuzz mengakui bahawa dunia penyampaian radio memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi bidang ini banyak menuntutnya berada di konti.
Bagi Fuzz yang kini masih belajar di Kolej Twintech, penyampai radio mempunyai tanggungjawab tersendiri iaitu menghiburkan pendengar selain menyalurkan maklumat terkini. Tambahan pula, ketika berada di konti radio, seseorang penyampai perlu kreatif dan banyak berfikir.
Biarpun masih hijau dalam bidang penyampaian radio, bidang tersebut banyak mengubah dirinya, contohnya lebih berdisiplin dan membahagikan masa antara belajar dan kerjaya.
Bagi Tracy B, 21, gadis manis berkulit putih kuning, mula berkecimpung sebagai penyampai radio sejak Februari 2001. Pada mulanya, Tracy berada di bahagian Inggeris CatsFM dan pada 4 Ogos lalu dia beralih tugas ke bahagian Melayu.
Jelasnya, berikutan peralihan tersebut, pada mulanya dia agak tertekan kerana sebelum ini dia sudah biasa berdialog dalam bahasa Inggeris dan baginya bukan mudah untuk berinteraksi dengan pendengar menggunakan bahasa Melayu.
“Pada mulanya memang agak sukar dan lama kelamaan, saya sudah serasi. Tambahan pula, kami di CatsFM ibarat satu keluarga, semuanya saling bantu membantu,” jelasnya.
Kini Tracy yang merupakan gadis peranakan Bidayuh dan Cina ini, mengendalikan segmen Jom Review (Isnin), Cats Jalan Jalan (Selasa), Cats Medik (Rabu), Cats Top 10 (Khamis) dan Cats Nyaman (Jumaat). Bermula Oktober nanti, Tracy turut mengendalikan Carta Express Cats (Sabtu) dan Retro Cats (Ahad).
Manakala Awen atau nama sebenarnya Mohd Ridzwan mengatakan bahawa peluang menjadi penyampai CatsFM akan melebarkan lagi karier seninya selain bergelar salah seorang anggota kumpulan MIX.
Bagi Awen, dia bersyukur kerana kerjaya sebagai penyampai radio memang diidamkannya sejak dulu lagi dan amat berterima kasih kepada CatsFM kerana memberi kepercayaan kepadanya bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut.
Pembabitan Awen sebagai salah seorang penyampai di CatsFM, turut menceriakan lagi stesen radio tersebut, memandangkan pengalamannya sebagai penyanyi dan penerbitan album, Awen turut menyumbangkan idea kreativitinya dalam produksi menghasilkan promo, jingle dan teaser. Baru-baru ini, dia bekerjasama menghasilkan lagu tema hari raya CatsFM dan ulang tahun CatsFM ke-12. Itu kelebihan yang ada pada Awen.
Di CatsFM, Awen mengendalikan segmen Cats Chill Out yang diselitkan dalam program Cats Ritma dan Seleksi Cats. Bermula oktober nanti, suara Awen akan kedengaran menerusi Hits Trio dan Salam Cats.

Pemenang kuiz filem Senario The Movie – Episod 1 terima hadiah





Pemenang kuiz filem Senario The Movie.
YANTISHAM
Foto: Andre Olivero
Norazlina binti Mohd Mazlan, dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama kuiz filem Senario The Movie – Episod 1anjuran Metrowealth Riverside Cineplex dengan kerjasama akhbar Utusan Sarawak dan tajaan VICO, pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Metrowealth Riverside Cineplek, Kuching, baru-baru ini.
Norazlina membawa pulang hadiah 10 tiket filem Senario The Movie – Episod 1 dan hamper Vico/Vochelle.
Hadiah pertama pula dimenangi oleh Ramlah binti Haji Mohammad dengan membawa pulang hadiah 8 tiket filem Senario The Movie – Episod 1 dan hamper Vico/Vochelle.
Hadiah kedua diraih oleh Mohd Izuan bin Omar, dengan mendapat hadiah berupa hamper Vico/Vochelle dan 6 tiket filem Senario The Movie – Episod 1. Hadiah ketiga dimenangi oleh Mohd Azizi Fauzi bin Kefli dengan mendapat hadiah hamper Vico/Vochelle dan 4 tiket filem Senario The Movie – Episod 1.
Manakala lima pemenang sagu hati yang membawa pulang 2 tiket filem Senario The Movie – Episod 1 dan hamper Vico/Vochelle ialah Zakiah binti Jamdi, Zallina binti Seron, Mohd Kamil Ariffin, Shuhaila binti Shapiee dan Francis Bekoh.
Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz filem Congkak telah disampaikan oleh Cik Agus bagi mewakili Pengurus Operasi Metrowealth Riverside Cineplex, Encik Tong Lian Soon.
Penganjuran kuiz filem Senario The Movie – Episod 1 adalah sempena dengan kemunculan tayangan filem Senario The Movie – Episod 1 bermula 1 Oktober kebetulan pada hari raya Aidilfitri 2008.
Filem Senario the Movie Episod 1 terbitan MIG dengan usahasama Grand Brilliance dan GSC ini menelan pembikinan dan promosi sebanyak RM1.65 juta. Filem Senario The Movie Episode 1 ini telah menjalani pengambaran di sekitar Lembah Kelang, Kedah dan Perak. Lokasi dipilih bagi menghidupkan jalan cerita di mana ia mengisahkan kehidupan realiti anggota Senario iaitu Azlee, Wahid dan Mazlan sebelum mereka menjadi terkenal.
Filem ini turut dibintangi oleh Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Zaidi Omar, Piee, Zaibo, Illya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau-Ghau.
Filem lain terbitan Metrowealth (MIG) yang bakal menemui penonton penghujung tahun ini adalah Selamat Pagi Cinta arahan Norlianan Samsudin pada 20 November 2008. Manakala filem Syurga Cinta dan Brainscan: Aku dan Topi Ajaib arahan Ahmad Idham akan ditayangkan penghujung tahun ini, dan Jangan Tegur arahan Pierre Andre pada awal 2009. Selain itu, MIG juga mengedarkan filem Tipu Kanan Tipu Kiri (16 Oktober), Wayang (13 November) dan Los & Faun (4 Disember 2008).

Saiful ubah imej elak kontroversi

Ini adalah album terbaru Saiful.
YANTI SHAM
KINI Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saipul Bakeri, 21, merupakan bekas peserta Malaysion Idol Musim Pertama muncul dengan imej barunya yang lebih mancho. Menurut penyanyi kelahiran Sarawak ini, dia berbuat demikian untuk mengelak daripada terlibat dengan kontroversi yang menyamakan dirinya seperti wanita.
Dia pernah tertekan dengan gosip demikian apabila muncul dengan album pertama dan berhasrat untuk mengubah penampilannya apabila muncul dengan album kedua.
“Ini semua berlaku selepas melakukan perbincangan dengan pihak SonyBmg dan mereka mahu saya kelihatan lebih kelakian dengan memotong pendek rambut saya. Saya lebih serasi dengan penampilan seperti ini, orang tidak kata saya macam-macam lagi. Tambahan pula saya lebih bersemangat dengan penampilan seperti ini,” jelasnya yang kini sibuk dengan persembahan dan butik miliknya di Ampang.
Tambahnya, ramai peminat dan rakan-rakannya lebih suka dengan penampilannya sekarang. Katanya, dia pasrah dengan apa yang berlaku dan kali ini dia akan menjaga penampilannya sebaik yang mungkin.
Bercerita mengenai album barunya, Saiful yang baru sahaja muncul dengan album solo keduanya pada Februari lalu berjudul Aku Ada Disini. Album barunya itu memuatkan 8 buah lagu yang merupakan lagu cover version yang pernah dinyanyikan beberapa artis Hong Kong dan Taiwan.
Lagu Aku Ada Di Sini merupakan lagu nyanyian asal Sammi Cheng. Sebuah lagi lagu yang menjadi hits berjudul Lagu Rindu yang pernah dipopularkan oleh Ah Niu.
Ditanya mengapa muncul dengan album cover version, Saiful berkata: “Sebelum ini saya pernah muncul dengan lagu Ku Juga Mencintai Dirimu dari drama bersiri Meteor Garden. Lagu tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan apabila lagu tersebut mendapat muat turun (downlod) paling banyak iaitu 80,000. Sebelum sain kontrak dengan SonyBmg, lagu ini memang sudah disediakan.”
Untuk album kedua ini, Saiful mengharapkan agar peminatnya memberikan sokongan padanya. Meksipun album ini sudah dipasarkan, namun pada 22 Oktober nanti, album ini akan dilancarkan di RedBox, Kuala Lumpur.
Mengenai persembahan, Saiful akan muncul mengadakan persembahan di Singapura pada 10 Oktober ini. Baginya, ini bukan kali pertama dia mengadakan persembahan di luar Malaysia seperti di Singapura. “Sudah banyak kali saya mengadakan persembahan di Singapura. Meskipun pada mulanya mereka tidak mengenali saya, namun lagu saya memang mereka kenal,” kata Saiful yang pulang beraya di Kuching.
Kata Saiful, selepas ini dia akan muncul dengan album VCD karaoke kerana penggambaran untuk semua lagunya sudah selesai. Untuk hari raya tahun ini, Saiful mengatakan bahawa sudah menjadi kemestian pulang ke Kuching untuk beraya dengan keluarga tersayang.
“Tahun ini saya menyambut hari raya dengan ala kadar sahaja dan beraya bersama keluarga menjadi kemestian bagi saya,” katanya.

Saiful mula sibuk selepas raya

Saiful.
Saiful bersama kawan-kawan di Kuching.
YANTI SHAM
Foto Andre Olivero
MENGIMBAU kembali permulaan kemunculan Saiful Bakeri di persada seni, anak jadi Bumi Kenyalang sebenarnya bercita-cita mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Menyertai pelbagai pertandingan daripada yang kecil sehingga yang bertaraf kebangsaan pernah dilaluinya. Sehingga satu ketika dia menyertai uji bakat Malaysian Idol menyebabkan dia terpilih untuk berentap di tahap yang lebih tinggi. Tetapi sayangnya kedudukannya hanya mampu bertahan di Top5 Malaysian Idol.
Langkahnya tidak terhenti di situ sahaja, nasib masih menyebelahinya apabila bernaung di bawah bumbung SonyBMG. Album barunya muncul dengan mempertaruhkan lagu Ku Juga Mencintaimu. Di tengah populariti lagu tersebut melonjak, Saiful diterpa oleh gosip yang tidak menyenangkan melibatkan imejnya yang dikatakan agak keperempuanan.
Anak muda ini pada mulanya agak tertekan dengan gosip tersebut tetapi ditepisnya dengan mendiamkan diri. Meskipun gosip tersebut menjejaskan tawaran mengadakan persembahan, namun Saiful tetap pasrah.
Tiba-tiba muncul pula khabar yang mengatakan bahawa dia telah berkongsi dengan sepupunya membuka sebuah butik. Ini merupakan pengalaman pertamanya dalam bidang perniagaan. Tetapi menariknya, butik tersebut dijadikan lokasi penggambaran drama bersiri Puteri. Saiful pula muncul secara ‘cameo’ dalam drama tersebut. Sedikit sebanyak peminatnya mendapati bahawa penyanyi ini tidak duduk diam sahaja ketika itu.
Aidilfitri 2008 datang menjengah memberikan kesempatan Utusan Sarawak datang berziarah ke rumah Saiful bertempat di Kampung Bintawa. Bersama beberapa rakan dan penyampai SarawakFM, Utusan Sarawak diberitahu oleh Saiful bahawa dia hanya beraya ala kadar sahaja memandangkan selepas hari raya, dia sibuk dengan promosi album baru yang merupakan album keduanya.
Menerusi albumnya kali ini, Saiful tampil dengan konsep berbeza. Memuatkan sembilan lagu ini diadaptasi dari lagu-lagu popular Mandarin dan kantonis serta sebuah lagi lagu antarabangsa. Lagu-lagu ini telah diberi nafas baru dengan alunan muzik yang lebih segar dan liriknya pula ditulis semula dalam Bahasa Melayu.
Saiful pula berkata, kelahiran albumnya kali ini, latihan mendengar dan menghayati lagu yang diadaptasi yang akan dimuatkan di dalam albumnya giat dilakukan bagi memastikan kualiti yang dihasilkan mendapat kepuasan para pendengar.
Aku Ada Di Sini menampilkan sembilan buah lagu. Lapan lagu yang diadaptasi dari lagu-lagu popular Mandarin dan Kantonis. Sebuah lagi lagu Inggeris dari Kumpulan Trademark berjudul Only Love.
Lagu tersebut telah mendapat sentuhan gubahan lagu oleh komposer Iman Wan dan disampaikan dalam Bahasa Melayu dengan gaya yang tersendiri tanpa mengikut rentak asal oleh penyanyi asal.
Lima daripada lagu yang terdapat dalam album ini dicipta oleh komposer tempatan yang pernah disampaikan oleh penyanyi-penyanyi popular seperti Sammy Cheng, Ah Niu dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, lagu yang mempopularkan Saiful dikalangan peminatnya iaitu lagu Ku Juga Mencintaimu turut dimuatkan dalam albumnya ini. Lagu ini juga turut dirakamkan dalam versi yang agak berbeza dari versi yang terdahulu di mana alunan melodinya lebih rancak kedengaran.

MTV Karaoke Bidayuh D’Member’s kini panas di pasaran

Nor, Anthony dan Sandra.
Album MTV Karaoke Bidayuh yang berjudul D’Member’s kini sudah panas di pasaran. Menurut Anthony selaku pengurus kumpulan tersebut, dia berpuas hati dengan kelahiran album sulung mereka itu. Ini adalah hasil daripada penat lelah mereka dan kebijaksanaan Somba Mix dalam pengurusan dan menerbitkan sama ada di dalam studio ataupun di lokasi pengambaran. Kumpulan D’Member’s telah ditubuhkan pada bulan September 2007.

Menurut Edward Sayu yang bertindak sebagai penerbit album tersebut, dia percaya album ini dapat menembusi pasaran kerana menampilkan dua versi bahasa Bidayuh iaitu Bukar Sadong dan Biatah. D’Member’s mempunyai dua vokalis lelaki iaitu pasangan adik-beradik, Anthony pengurus kumpulan tersebut dan Posta pemain bass, di samping anggota yang lain seperti Johnny (dram), Sahem ( Gitar utama), Soda (gitar kedua), Carlos dan Dale (keyboard).

Manakala vokalis wanita terdiri daripada pasangan adik-beradik juga iaitu Nor dan Sandra. Tambahan pula, Nor memang seorang vokalis yang mantap dan mempunyai keunikan suara yang tersendiri. Maka tidak hairanlah dia pernah menjadi jJohan dalam pertandingan pesta Berambeh yang telah dianjurkan oleh RTM.

Di kawasan Padawan, D’ Member’s memang tidak asing lagi kerana sering mendapat undangan untuk majlis kahwin, konsert dan sebagainya. Malah mereka juga pernah membuat persembahan sehingga ke Sri Aman. Menurut Anthony lagi, pada 8 November yang lepas mereka dapat jemputan daripada PIBG untuk mengadakan persembahan di kampung Anah Rais.

Album MTV Karaoke Bidayuh, D’Member’s mengandungi lagu seperti Rami Ngaru Siti (Sandra),Udip Kai Binasip ( Nor), Kuk Doh Pu’an (Posta), Ting Gaya (Anthony),Buran (Alex Kit),Pinyuka Pura-Pura (Nor),Balik Mah (Nor),Ann Bidingan (Anthony),Samah Bidapod (Posta),Sampe Asung (Sandra), Kisah Dip Di Dunia (Sandra) dan Deki Janji Muk (Sandra). Satu daripada lirik lagu versi Bukar Sadong dihasilkan oleh Willis, iaitu lagu Buran dan selebihnya adalah hasil tulisan Louis Isaac. Manakala versi Biatah adalalah hasil tulisan Posta dan D’Member’s sendiri.

Pada 29 November bertempat di Kampung Payau Achau, Jalan Mongkos, Serian,
diadakan majlis pelancaran album D’Member’s di samping berhibur bersama artis-artis terkenal Bidayuh yang lain seperti Mike Rantai, Madeen Now, Nice Syndora, Jabli FM6, Harry Acid Rain dan juga para DJ Wai FM seperti Brahim Jangem, Bobie Hendra dan banyak lagi.

Pelancaran pada malam tersebut akan disempurnakan oleh penyanyi Vetran Bidayuh yang pertama kali membuat rakaman piring hitam di sekitar 60-an dan masih aktif dalam bidang nyanyian iaitu saudara Richmond Allan Morsidi. Menurut Edward selaku penerbit album tersebut Richmond adalah salah seorang penyanyi Bidayuh Bukar Sadong yang pertama merintis jalan kepada para penyanyi Bidayuh yang ada sekarang ke industri seni hiburan. Untuk menghormati jasanya, dia telah diundang untuk menyempurnakan majlis pelancaran album pada malam tersebut.

Selain daripada itu para hadirin dan juga peminat berpeluang membeli VCD dengan harga yang cukup istimewa, iaitu yang termurah dipasaran. Bagi Sandra pula, boleh dikatakan ada bakat juga dalam seni suara. Dia memiliki suara tersendiri. Seperti adiknya juga, dia pernah mengikuti pertandingan nyanyian di sekolah menengah di mana dia telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Bakat mereka adik-beradik ini telah diketahui oleh ibunya sejak mereka masih bersekolah rendah lagi.

Akhir kata daripada semua anggota kumpulan D’Member’s mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Syarikat SombaMix production khas buat Cyril Kayam selaku pPengurus, Edward Sayu selaku penerbit dan Louis Isaac selaku penolong penerbit, Ramsay Owen selaku pemuzik dan Roystone Edward penolong pemuzik, tidak lupa kepada pihak Wai FM 101.3, kepada semua DJ-DJ kerana sudi memutarkan lagu-lagu mereka di radio dan juga semua peminat-peminat lagu-lagu Bidayuh serta semua FAN CLUB Wai FM di mana mereka berada supaya memberi sokongan penuh untuk menjayakan industri muzik Bidayuh dan dapatkanlah album yang original.

Tiga bakat muda tunggu album dua tahun

Elfidia.
BAKAT MUDA... Adik Elfidia (ketiga dari kiri).
DUWIN UDIH
Tiga bakat muda iaitu adik Elfidia,11,Elfa Elvanisia Remmy,12 dan Joshua Anak Mujah,15,terus menanti kemunculan album lagu mereka yang telah dirakamkan oleh sebuah syarikat rakaman berpangkalan di Sibu pada tahun 2006 sementara penggambaran untuk klip video album itu juga belum dimulakan. Sejak tahun 2006, mereka terus menunggu sehingga kini, dan lebih mengecewakan ialah orang tengah dan syarikat rakaman berkenaan langsung tidak memberitahu perkembangan pembikinan album mereka.

Adik Elfidia,11,pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah di Mukah berkata,ketika belajar dalam Tahun 3, dia telah ditawarkan oleh dua penyanyi tempatan dari syarikat rakamanan terbabit, sehingga berjaya merakamkan 11 buah lagu bersama dua lagi rakannya, Elfa Elvanisia Remmy dan Joshua Anak Mujah di studio rakaman syarikat berkenaan pada masa itu.

Selepas rakamanan selesai, Elfidia sering bertanyakan tentang masa untuk membuat penggambaran klip video, tetapi sering kali gagal mendapat jawapan yang mengembirakan sehingga sekarang. Elfidia yang berbakat dalam nyanyian, pernah muncul juara dalam pertandingan nyanyian seperti Bintang Harapan, pertandingan karaoke Pesta Kebudayaan Borneo (BCF),Sibu 2007 dan 2008 dan Bintang Kecil serta Lagu Patriotik Kanak-Kanak 2007.

Bagaimanapun, difahamkan dia dan rakan-rakannya tidak menandatangani sebarang kontrak rakaman lagu dengan syarikat rakaman terbabit sehingga pada hari ini. Elfidia sering dijemput untuk membuat persembahan nyanyian pada majlis tertentu termasuk sambutan ulang tahun Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Pesta Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kingwood Resort, Mukah pada 2007.

Selain nyanyian, dia juga aktif dalam aktiviti sukan sehingga berjaya dipilih sebagai Olahragawati Harapan di Zon Ladang (ladang kelapa sawit), Mukah. Acara olah raga kegemarannya ialah lompat tinggi dan larian, dan prestasi cemerlangnya dalam dua acara itu membolehkannya dipilih untuk mewakili Daerah Mukah dalam Kejohanan Olahraga 11 dan 10 Tahun Ke Bawah Antara Daerah dalam Bahagian Mukah di Matu-Daro pada 16 dan 17 Oktober lalu. Sementara itu, kakaknya, Elfa Elvanisia yang turut menanti jawapan dari syarikat rakaman terbabit, tetap menumpukan pelajaran sebagai pilihan utamanya.

“Saya masih mengikut perkembangan pihak yang bertanggungjawab yang telah membawa kami bertiga untuk merakamkan lagu pada masa itu, namun sehingga kini belum lagi ada apa-apa keputusan dan kami masih menanti,” katanya.

Elfa Elvanisia pernah muncul juara pertandingan Bintang kecil Pesta Kaul Mukah 2006 dan 2007 serta pertandingan nyanyian pada peringkat sekolah 2008. Namun begitu, dia membayangkan untuk tidak mahu terus aktif dalam hobinya nyanyian)kerana merasakan bakatnya tidak dapat dikembangkan gara-gara sikap syarikat rakaman terbabit yang tidak mengendahkannya.

Sementara itu, seperti dua rakannya, Joshua Anak Mujah juga kecewa kerana album lagu yang telah dirakamkan dan sedang ditunggu belum siap sehingga hari ini. Joshua berkata dia tidak akan meneruskan proses rakaman albumnya walaupun dipanggil semula oleh syarikat rakaman berkenaan, kerana merasakan mereka bertiga telah menjadi mangsa pembohongan pihak terbabit. Berikutan itu, hasrat ketiga-ketiga anak muda berbakat itu untuk menjadi penghibur tidak menjadi kenyataan.

Suzan muncul dengan album Mina Ngerua Umpan

Inilah Suzan Kedaya
DUWIN UDIH
INDUSTRI muzik Iban di Sarawak tidak ketandusan bakat baru apabila seorang lagi artis rakaman dikenali Suzan Kedaya muncul dengan album baru bertajuk Mina Ngerua Umpan. Album lagu artis dari Engkilili dalam Bahagian Sri Aman itu dikeluarkan syarikat rakaman tempatan popular berpangkalan di Sibu, Lau Ung Hock (LUH).

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, kemunculan Suzan dalam industri muzik Iban di Sarawak Bumi Kenyalang pasti mengembirakan peminat lagu Iban di negeri ini. Meskipun agak baru, Suzan mempunyai bakat dan keyakinan tinggi dalam seni suara khasnya untuk lagu Iban.

Menerusi kejayaan sebagai juara dalam pertandingan nyanyian di tempat asalnya sebelum ini, beliau memanfaatkan bakatnya dengan merakamkan album lagu dengan syarikat rakaman Tiew Brothers Company (TBC), Sibu.

Melalui album berjudul ‘Anak’ dengan TBC, Suzan merasakan dia tidak begitu menyerlah, mungkin disebabkan kebanyakkan lagunya pada masa itu tidak berjaya menambat hati kebanyakan peminat lagu Iban.

Bagaimanapun, Suzan yang mahu menikmati angin perubahan, berhijrah dari TBC dan menandatangani kontrak dengan LUH yang mengeluarkan album sulungnya berjudul ‘Mina Ngerua Umpan’ yang mengandungi 10 lagu.

Lagu yang terdapat dalam album itu ialah Mina Ngerua Umpan, Sintak Panjuk Diri, Anang Nguji-Nguji, Pengarap Tebing Sungai Rajang, Sulu Udah Bebini, Joget Menoa Engkilili, Nuan Maioh Ulah, Sanggup Nganti,Datai Meh
Sulu dan Saum Pengerindu.

Sejak berpindah ke LUH, Suzan merasakan dirinya lebih dikenali dan lagunya juga berjaya menawan hati peminat lagu Iban. Suzan berkata dia kerap kali diundang untuk membuat persembahan dan ini memberi peluang kepadanya untuk bertemu dan mendekati lebih ramai peminatnya.

Albumnya juga mendapat sokongan baik daripada pencipta lagu dan lirik yang sememangnya orang terkenal dalam industri muzik lagu Iban di negeri ini. Selain beberapa lagu dan lirik yang dicipta Suzan sendiri,turut menyumbang lagu dan lirik dalam albumnya kali ini ialah Ricky Jay, Ervina, dan Dana Daling.

Antara kelainan dalam album Suzan keluaran LUH ialah mutu gambar muka depan album lebih menarik,susunan muzik yang sesuai dengan lagu, dan lirik yang lebih mantap, dan semua ini membantu usaha dan cita-citanya untuk berjaya dalam hidup sebagai artis.

Video cakera padat (VCD) dan cakera padat (CD) album Suzan sudah berada di pasaran, dan ditawarkan pada harga RM19.90 seunit.

Harith Iskander Nationwide Live Comedy Tour

Douglas dan Harith bersama Tracy B dari Catsfm.
Inilah Harith Iskander.
YANTISHAM
Foto: Jefri Bakeri
Ramai penonton meluahkan rasa puas hati selepas menonton persembahan komedi solo oleh Harith Iskander menerusi siri jelajah Harith Iskander Nationwide Live Comedy Tour dibawakan khas oleh Celcom yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Riverside di sini, malam semalam.

Tirai persembahan dibuka dengan menampilkan Douglas Lim menerusi lawak jenakanya yang selamba dan mencuit hati penonton selama setengah jam sebelum Harith Iskander beraksi.

Setelah itu, barulah Harith Iskander melangkah ke hadapan pentas dengan persembahan lawak solonya yang menyebabkan penonton tidak kering gusi. Pada penghujung persembahan, Harith bergandingan dengan Douglas menerusi dua buah lagu yang juga berunsurkan lawak jenaka.

Menurut salah seorang penonton yang tidak mahu namanya dinyatakan, mengatakan bahawa ini merupakan kali pertama menyaksikan persembahan ‘stand-up comedy’ yang menampilkan pelawak dari Malaysia.

“Pada mulanya saya agak waswas untuk menyaksikan persembahan ‘stand-up comedy’ ini dan setelah didesak oleh anak buah saya yang mengatakan saya akan berasa rugi jika tidak menyaksikan persembahan Harith Iskander.

“Memang benar, saya amat terhibur dengan persembahan Harith Iskander yang melucukan. Mereka sangat bijak membuat penonton ketawa dan bukan senang nak buat orang ketawa,” jelasnya ketika ditemui oleh Utusan Sarawak selepas persembahan.

Diterbitkan oleh produksi Tall Order Production Sdn Bhd milik pelakon, pengarah dan penerbit, Hans Isaac, jenaka Harith Iskander ternyata bukan calang-calang. Boleh dikatakan persembahan ‘stand-up comedy’ dilakukannya mampu mencuit hati.

Sebelum ini, siri jelajah Harith Iskander Nationwide Live Comedy Tour ini telah beraksi di Hotel Shagri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, pada 3 November dan diikuti pada 7 dan 8 November di Marriot Resort & Spa, Miri, Sarawak.

Pada 28 November di Hotel Eastern & Oriental, Pulau Pinang dan kemuncak jelajah tersebut pada 12 Disember 2008 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Monday, December 15, 2008

Apa kata peserta dari Sarawak…Kenapa menyertai OIAM 3 ?

Florence.
Mohd Zakaria.
Abdul Kadir.
Mohd Tarmizi
Scot Mackenzie.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai OIAM 3. Sebelum ini saya tidak pernah menyertai pertandingan sebesar ini. Hanya sekadar mencuba nasib dan RM1 juta tidak menjadi tarikan, yang penting ialah menunjukkan bakat,” Scot Mackenzie, 25 tahun dari Bau.

“Saya sudah mencuba beberapa kali pertandingan seperti ini, tetapi tidak berjaya. Tambahan pula uji bakat OIAM 3 diadakan di sini, saya datang untuk mencuba nasib. Harap-harap nasib saya baik dan saya buat ini untuk membantu keluarga,” Mohd Tarmizi, 24 tahun dari Kuching.

“Saya menyertai pertandingan ini kerana amat meminati bidang nyanyian. Terutama sekali kawan yang memberi dorongan. Saya baru sampai dari Sarikei semalam dan berharap akan terpilih ke peringkat seterusnya,” Abdul Kadir, 27 tahun dari Sarikei.

“Saya amat meminati bidang nyanyian sekali gus ingin mencapai cita-cita sebagai penyanyi dan mahu memenangi pertandingan ini,” Mohd Zakaria, 19 tahun dari Muara Tuang.

“Ini merupakan kali kedua saya menyertai uji bakat program realiti dan kali pertama uji bakat OIAM diadakan di sini, kesempatan ini harus saya ambil. Tambahan pula, sepupu saya memberikan galakan kepada saya,” Florence, 21 tahun dari Bintulu.

“Saya suka menyanyi dan saya menyertai uji bakat ini adalah untuk mencari pengalaman. Tambahan pula saya suka cabaran dan apabila uji bakat OIAM diadakan di sini, saya mahu merasakan cabarannya,” Yeo Ming Hua, 21 tahun dari Kuching.

“Saya sudah beberapa kali saya menyertai uji bakat program realiti dan hanya terpilih di peringkat ‘short listed’. Saya harap untuk uji bakat OIAM kali ini, nasib saya akan berubah,” Zafarina Jafhari, 26 tahun dari Bukit Orang Park, Bintulu.

“Saya datang ke uji bakat OIAM bersama abang kerana peserta yang berusia 16 tahun dikehendaki datang bersama keluarga. Saya datang ke uji bakat ini hanya untuk mencuba nasib dan bakat. Ini adalah kali pertama saya menyertai uji bakat seperti ini. Tambahan pula keluarga memberikan galakan dan dorongan pada saya untuk menyertai uji bakat ini,” Siti Hatikah Nawi, 16 tahun dari Kota Samarahan.

“Saya menyertai uji bakat ini adalah untuk mencari pengalaman dan yang paling penting ialah mahu menang RM 1 juta,” Desmond Marcus, 18 tahun dari Serian.

“Menyertai uji bakat OIAM adalah peluang bagi saya untuk mengetengahkan bakat. Tak salah kalau hanya mencuba. Sebelum ke sini saya sudah membuat persediaan,” Mohd Shaidatul Akhbar, 18 tahun dari Betong.

302 peserta Sarawak sertai OIAM 3

Peserta uji bakat OIAM mendaftar.
Ramainya...ini merupakan peserta OIAM di Kuching, Sarawak.
Peserta menunggu giliran masing-masing.
YANTI SHAM
Foto: Andre Olivero
PERTAMA kali diadakan di Sarawak, uji bakat OIAM berjaya menarik seramai 302 peserta yang datang dari segenap pelosok Sarawak untuk bergelar bintang terkenal seperti Faizal Tahir dan Ayu.
Menurut Rene salah seorang krew uji bakat OIAM, peserta sudah mula tiba di lokasi uji bakat sejak jam 7.00 pagi meskipun pendaftaran bermula jam 9.00 pagi.
Peserta yang datang menghadiri sesi uji bakat ini datang dari luar Kuching iaitu Miri, Bintulu, Limbang, Lawas, Mukah, Sarikei, Sibu, Sri Aman, Bau dan banyak lagi kawasan di Sarawak.
Menurut Ahmad Nazib Zaidi, 27, yang turut mencuba nasib dalam uji bakat OIAM 3, dia sudah beberapa kali menyertai uji bakat program realiti seumpama ini, tetapi uji bakat OIAM 3 membuatkannya berasa gementar kerana peserta yang hadir hebat-hebat belaka.
Meskipun wajahnya amat dikenali menerusi dua program realiti, namun Nazib berusaha sedaya untuk merealisasikan impiannya sebagai penyanyi. Nazib mengatakan bahawa dia sudah membuat persediaan untuk uji bakat tersebut dan terserah kepada juri untuk menilai bakatnya.
Di Sarawak, uji bakat OIAM 3 diadakan 15 November (Sabtu) di Merdeka Palace Hotel & Suites dan pada hari yang sama turut diadakan di Imperial International Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Pencarian OIAM 3 kali ini memberi peluang yang lebih besar kepada peserta-peserta Malaysia yang berusia di antara 16 hingga 32 tahun, untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta. Uji bakat ini mencari bintang yang bukan sekadar hanya menyanyi kerana kali ini pemilihan di setiap negeri akan memilih peserta yang berkualiti.
Mereka yang terpilih akan diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk peringkat saringan 80 peserta. Imbang Penuh

Kopi percuma di Starbucks hari ini (17 Disember 08)

Berita baik kepada penggemar kopi. Bersempena dengan ulang tahun ke-10 Starbucks di seluruh negara, pada hari ini (17 Disember 2008) pelanggan boleh menikmati kopi segar bersaiz tinggi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di semula cawangan Starbucks.

Minuman kopi percuma ini boleh didapati di pusat membeli-belah tHe Spring, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pusat membeli-belah Bintang Plaza, Miri (parkson) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Setiap pelanggan hanya terhad secawan kopi.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd., Sydney Quays, pelanggan juga boleh membeli gelas edisi terhad Starbucks sempena ulang tahun ke-10 dengan harga RM10.00

“Bagaimanapun untuk mendapatkan gelas tersebut, pelanggan hendaklah membeli setiap minuman di Starbucks,” jelas Sydney. “Ini adalah cara kami untuk menghargai pelanggan setia dan kami mengalu-alukan mereka untuk meraikan sambutan ulang tahun ini.”

Metrowealth tayangan 10 filem cuti sekolah

Filem Brainscans merupakan filem penutup tahun 2008

YANTISHAM
Cuti persekolahan menjengah lagi. Sudah pasti ramai yang sudah membuat perancang tersendii untuk memenuhi masa lapang, khasnya kepada mereka yang merupakan ‘kaki wayang’. Untuk memberi pilihan kepada mereka yang menghabiskan percutian bersama keluarga, Metrowealth Riverside Cineplex akan meyajikan 10 buah filem hebat dan menarik.

Menurut Encik Tong Lian Soon, Pengurus Operasi Metrowealth Cinema, Metrowealth kali ini menyediakan 10 filem menarik bermula penghujung November sehingga Disember 2008.

“Pawagam kami menayangkan 10 buah filem bermula 27 November ini iaitu sebuah filem Melayu berjudul Antoo Fighter arahan Azizi Chunk dan sebuah filem Hollywood yang ditayangkan serentak pada tarikh tersebut ialah Twilight sebuah filem kisah romantis moden antara seorang gadis dan pontianak,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Tambahnya, pada 4 Disember ialah filem Bolt merupakan filem animasi komputer yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studio mengisahkan tentang penggembaraan seekor anjing yang bernama Bolt. Filem ini menggunakan suara latar aktor John Travolta, Miley Crus, Malcolm McDowell, Claire Holt dan ramai lagi.

“Pada tarikh yang sama kami menayangkan filem Hollywood yang berjudul Transpotter 3 dan ini adalah salah satu filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem. Transpotter 3 diarahkan oleh Olivier Megaton dan kali ini bekas ejen Frank Martin berhadapan dengan masalah yanglebih besar,” katanya.

Ujar Tong lagi, sebuah lagi filem Melayu yang turut muncul pada 4 Disember ialah Los Dan Faun arahan Afdlin Shauki terbitan Vision Work (M) Sdn. Bhd., yang mengisahkan persahabatan dua budak kampung bernama Carlos dan Ahmad Faun.

Sebuah lagi filem Melayu yang ditunggu-tunggu di Malaysia berjudul Cicakman 2: Planet Hitam arahan Yusry KRU akan ditayangkan pada 11 Disember ini. Masih lagi menampilkan Apel saiful sebagai Cicakman/Hairi dan Fasha Sandha sebagai Tania, Cicakman 2 kali ini lebih menarik dan padat dengan aksi.

Turut ditayangkan pada tarikh tersebut ialah sebuah filem Hollywood berjudul The Day The Earth Stood Still arahan Scott Derrickson bergenrekan sains fiksyen. Menampilkan pelakon Jaden Smith, Kathy Bates dan Keanu Reeves.

Pada 18 Disember menayangkan filem Melayu berjudul Histeria arahan James Lee dan terbitkan oleh Tayangan Unggul. Filem seram ini mengisahkan tentang enam pelajar yang menerima hukuman tinggal di sebuah blok lama sekolah selama seminggu.

Mungkin ramai yang mengetahui filem aksi, triller dan sains fiksyen berjudul The Spirit sebuah filem adaptasi menerusi sebuah novel karya Will Eisner yang akan ditayangkan pada 25 Disember ini.

Bagaimanapun, sebuah filem yang menarik terbitan Metrowealth Movies Production berjudul Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib arahan Ahmad Idham memang sesuai ditayangkan untuk musim cuti sekolah.

Filem cereka ini bergenrekan pengembaraan, komedi dan sains fiksyen akan ditayangkan pada 25 Dismber ini dan mengisahkan seorang budak lelaki bernama Adruce yang kuat berangan telah menemui sebuah topi yang dikenali sebagai BS21. Setelah memakai topi tersebut banyak perkara yang telah berubah pada Adruce.

Kepada mereka yang meluangkan masa pada musim cuti jangan ketinggalan untuk singgah ke Metrowealth Riverside Cineplex menyaksikan 10 buah filem tersebut.

Hari Terbuka RTM 2008 meriah

Ifa Raziah dengan lagu dangdutnya.
Amir Sofaz dengan aksinya.
Nubhan mengadakan persembahan di depan peminat.
Uji bakat membaca berita.

YANTISHAM
Foto: Ihsan dari RTM Kuching
Hari Terbuka RTM 2008 yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia yang berlangsung pada 28, 29 dan 30 November lalu, bertempat di Perkarangan RTM Kuching, mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda.
Selain menyertai segala aktiviti yang dijalankan di Hari Terbuka RTM 2008 ini, pengunjung juga berpeluang mengenali RTM Kuching dengan lebih dekat lagi.
Pelbagai aktiviti menarik juga telah disediakan oleh pihak penganjur di Hari Terbuka RTM selama tiga hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan lintas langsung berita RTM1 dan uji bakat membaca berita, pameran dan jualan, persembahan pentas Sarawakfm,pertandingan akhir karaoke lagu etnik 2008, mukun bistari, senam robik, pertandingan memasak, pertandingan membuat kuih dan puding, karaoke suka-suka, pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna dan pertandingan tarian shuffle.
Selain itu pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan penyampai radio Sarawakfm, Redfm dan Waifm.Imbang Penuh Selain itu pengujung juga berkesempatan berkunjung di lebih 30 buah gerai pameran yang menawarkan pelbagai promosi menarik.
Pada hari kedua (29 November) menampilkan acara perasmian Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Awang Tengah Ali Hasan bagi mewakili Ketua Menteri Sarawak, sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang Bintang Kecil Kebangsaan 08.
Pada sebelah malamnya, diadakan acara Pentas Terbuka RTM 2008 menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti kumpulan Sofaz, Ifa Raziah, Nubhan AF5, Rizal AF4, Nikki Malaysian Idol dan Eddie Kuwing.
Acara kemuncak pada hari ketiga, bermula jam 4.00 petang menampilkan kumpulan Meet Uncle Hussein, Haziq AF, Nurul AF, Natala, Abon dan Ali Mamak.

Persembahan MPYO di Kuching memukau

Ini adalah persembahan MPYO pada sebelah petang.
Konduktor Kevin Field beraksi.
YANTISHAM
Foto:Andre Olivero
MEMANG memukau dan mempersonakan alunan muzik yang disampaikan oleh Orkestra Remaja Filharmonik Malaysia (MPYO) yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya Kuching, pada 12 Disember 2008.

Menampilkan dua persembahan iaitu persembahan konsert Matinee pada jam 2.15 petang dan persembahan konsert sepenuhnya bermula pada jam 8.00 malam. Menerusi persembahan pada sebelah petangnya, MPYO yang menampilkan lebih 100 pemuzik remaja yang berbakat, dipimpin oleh konduktor Kevin Field. Persembahan ini merupakan program khas untuk pelajar.

Memulakan persembahan menerusi lagu Overture: The Thieving Magpie (Rossini) menerusi nada indah yang disusun secara harmonik, dan tentunya enak untuk didengarkan. Seterusnya lagu Tanah Pusaka susunan oleh Chua memberikan sentuhan harmoni yang cukup hebat.

Begitu juga dengan lagu Tunggu Sekejap yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memang mengasyikkan. Tiga buah lagu menyusul iaitu Holst St Paul’s Suite – Finale (The Dargason), Irish Reel (Britten) dan Bizet Excerpts (Carmen).

Pada sebelah malamnya pula, menampilkan persembahan yang lebih mantap dan hebat. Turut muncul menghangatkan lagi persembahan ialah pemain cello dari Malaysian Philharmonic Orchestra, Tan Poh Joo.

MPYO dilancarkan pada tahun 13 Januari 2006 dan ia merupakan “pentas untuk bakat-bakat muda” yang berumur dalam lingkungan 18 tahun dari seluruh Malaysia. Ia ditubuhkan bagi menggalakkan ahli-ahli muzik muda dalam bidang ini disamping sebagai penghargaan kepada semua genre muzik.

Konsert jelajah MPYO ini turut menampilkan tiga pemuzik dari Sarawak dan dua dari SImbang Penuhabah. Tiga pemuzik dari Sarawak ialah Amy Lim, David Ling dan Eben Ting. Amy, 20, merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kuching High merupakan pemain biola. David Ling, 19, merupakan pemain klarinet. Manakla Eben Ting, 17, merupakan pelajar SMK Chung Hua, Miri, merupakan pemain biola.

Menariknya, tiket menyaksikan konsert jelajah MPYO di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak telah habis dijual dan ini merupakan sambutan yang sangat memberangsangkan.

Konsert jelajah MPYO akan mengadakan persembahan di Auditorium Tun Raffae, Bangunan Menara Tun Mustapha, Jalan Sulaman, Likas Bay, Sabah.

Parti Krismas Starbucks Coffee meriah dan penuh makna

Sesi percubaan kopi (Coffee Tasting) oleh Khairul.
Anak yatim dari Salvation Army dalam acara Chritmas Caroling.
Anak yatim dijamu oleh salah seorang kakitangan Starbucks Coffee.
Semua yang menjayakan Parti Krismas termasuk kakitangan Starbucks, anak yatim, wartawan dan blogger.

YANTISHAM
Foto: Andre Olivero
BERSEMPENA dengan perayaan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi, pada 12 Disember lalu, Starbucks Coffee Company yang berlokasi di pusat membeli-belah The Spring mengadakan Parti Krismas sekali gus memperkenalkan promosi kopi sempena Krismas.

Acara dimulakan dengan menampilkan koir Krismas yang dipersembahkan oleh anak yatim dari Salvation Army menerusi beberapa buah lagu krismas. Setelah itu acara diteruskan dengan percubaan meminum kopi (coffee tasting) oleh pakar kopi Starbucks (District Coffee Master), Khairul dan Ezam.

Acara ini memang menarik dan unik kerana ia merupakan satu pengalaman yang baru kepada mereka yang baru mengenali Starbucks Coffee menerusi empat cara.

Setelah itu Starbucks Coffee meneruskan acara dengan memperkenalkan promosi minuman dan makanan sempena perayaan Krismas. Minuman sempena Krismas yang diperkenalkan oleh Starbucks Coffee ialah Dark Cherry Mocha, Toffe Nut Latte, Dark Cherry Mocha Frappuccino Blended Coffee dan Toffee Nut Frappucciono Blended Coffee.

Ini adalah tawaran istimewa untuk dikongsi bersama minat terhadap minuman kopi dengan menawarkan hidangan terbaru di semua cawangan berdekatan bagi tempoh yang terhad. Memeriahkan lagi acara tersebut turut diadakan permainan yang dikenali sebagai mencari perkataan yang tersembunyi dan kuiz.

Acara ini memang menarik kerana tetamu yang hadir sangat ‘sporting’. Setelah itu Penolong Pengurus Komunikasi Starbucks Malaysia, Cik Goh Seng Jone menyampaikanhadiah kepada Madam Kamala yang mewakili Salvation Army.