Monday, December 15, 2008

Metrowealth tayangan amal filem Brainscans



YANTISHAM
Foto: Andre Olivero
BARU-BARU ini Metrowealth Riverside Cineplex mengadakan tayangan amal filem Brainscans: Aku dan Topi Ajaib yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production pada 15 Disember, bermula jam 2.00 petang.

Seramai lebih 300 orang anak-anak yatim dari pelbagai pertubuhan dan persatuan seperti Salvation Army, PIBAKAT, Perkim, Macma, PPWS dan anak yatim dari SK Merpati Jepang dan SK Rakyat menyaksikan tayangan filem bergenrekan fantasi, sains fiksyen, pengembaraan dan komedi ini.

Tujuan utama tayangan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan hiburan serta sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang bekerjasama dengan Metrowealth selama ini.

Menurut Pengurus Operasi Metrowealth Riverside Cineplex, tayangan amal ini merupakan salah satu daripada aktiviti Metrowealth dan filem Brainscans ini amat sesuai untuk ditonton terutama golongan kanak-kanak.

“Tambahan pula, filem ini yang akan ditayangkan pada 25 Disember nanti, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah yang sedang berlangsung sekarang. Saya harap anak-anak yatim yang datang menonton tayangan ini pada petang ini terhibur menyaksikan filem ini,” jelas Encik Tong.

Tambahnya, tayangan ini juga merupakan promosi untuk filem Brainscans: Aku Dan Topi Ajaib arahan Ahmad Idham dengan menampilkan para pelakon seperti Nik Adruce, Erin Malik, Eric Fuzi, Faten, Sharifah Shahira, Cats Farish, Bob Kuman, M.Rajoli, Zul Yahya, Khatijah Tan, Mek Siti dan Zaibo.

Kisah bermula apabila doktor Suzana (Sharifah Shaheera) di bawah seliaan profesor doktor Taib Siron (M. Rajoli) berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia.

Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat (Cat Farish) dan orang kanannya Kupan (Bob Kuman) telah mencuri BS21 dari makmal doktor Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim (Zul Yahya), pengawal keselamatan makmal tersebut.

Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.

No comments:

Post a Comment