Monday, December 15, 2008

Juara Bintang Kecil Kebangsaan 08

aksi adik Mohd. Imanuddin Supangat

YANTI SHAM
Foto: Andre Olivero

BERBEKALKAN usaha dan keyakinan tinggi membawa adik Mohd. Imanuddin Supangat, 11, yang mewakili zon Sabah meraih gelaran juara pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching, Sarawak, sekali gus bersiaran secara langsung di RTM1, Sarawakfm dan laman web www.rtmsarawak.gov.my/swkfm, pada Sabtu lalu.
Murid Tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Temiang, Wilayah Persekutuan Labuan ini membawa pulang hadiah RM3,000, piala dan sijil.
Naib johan dimenangi oleh adik Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah, 9, dengan mendendangkan lagu Kasih Suci yang dipopularkan oleh Amy Mastura. Mewakili zon tengah, adik Siti Amirah Dayana membawa pulang hadiah sebanyak RM2,000, piala dan sijil.
Tempat ketiga dimenangi oleh adik Shazlin binti Salamat yang mewakil Zon Sarawak dengan mendendangkan lagu Hati Malaya yang dipopularkan oleh Datuk Siit Nurhaliza. Adik Shazlin membawa pulang hadiah sebanyak RM1,500, piala dan sijil.
Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh adik Khor Bin Sam yang mewakili Zon Utara menerusi lagu Adikku Pandai Menari. adik Khor Bin Sam membawa pulang hadiah sebanyak RM500, piala dan sijil.
Sementara itu hadiah satu hati sebanyak RM500, piala dan sijil diraih oleh Nurul Izzati Sidi, Nur Mimi Fadzlyenda, Noranajihah Yunus, Raja Muhammad Faisal Khairullah dan Dayangku Syasya Sahira Izzati. Hadiah disampaikan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Awang Tengah Ali Hasan.
Sementara itu, telatah pelakon veteran tanah iar, Ruminah Sidik dan Mohd Saji sebagai juruulas persembahan, berjaya mencuit hati para penonton yang hadiri menyaksikan pertandingan tersebut. Manakala kumpulan muzik yang mengiringi persembahan dalam pertandingan tersebut ialah Kombo RTM dan hos pertandingan yang berprestij pada petang tersebut ialah Amran Tut dan Norhidayah.


No comments:

Post a Comment