Monday, January 5, 2009

15 kumpulan Shuffle berentap pada 10 Januari 2009 ini

SEBANYAK 15 buah kumpulan Shuffle yang merupakan juara bulanan akan berentap dalam pertandingan Shuffle untuk peringkat akhir Cats FM Unite Fest 2008. Pertandingan ini merupakan kerjasama Cats FM dengan kerjasama Kuching Connection Management (KC) merupakan pencarian kumpulan Shuffle terbaik seluruh Sarawak.
Kumpulan yang layak ke peringkat akhir ialah Cript Ballas (Juara Januari) Bass Syndicate (Juara Februari), Crazy Legzzz(Juaca Mac), Hardstyle Renaissance (Juara April), Soul Playerz (Juara Mei), Lazer Blitz (Juara Jun), Grims Attack (Juara Julai), Ghetto Child (Juara Ogos), Blazer Bass (Juara September) Extreme Harddance (Juara Oktober), Lock Evil (Juara November) Overdoser Trilogy (Juara Disember, The Boys Wanted, Secret Agents dan Minor Prodigy.
Pertandingan akhir yang ditunggu-tunggu oleh peminat Shuffle ini akan berlangsung pada 10 Januari 2009 bertempat di Dewan Cats FM, Lot 287, Jalan Bako, Petra Jaya bermula jam 10 pagi.
Menampilkan tema ‘Muzik Menyatukan Kita’ pertandingan Unite Fest 2008 telah bermula pada Januari lalu dan selepas melalui 12 peringkat saringan yang melibatkan 80 kumpulan Shuffle dari seluruh Sarawak, sebanyak 15 kumpulan dipilih untuk berentap ke peringkat akhir. Hadiah wang tunai, hamper dan trofi menanti pemenang utama.
Sebelum 15 buah kumpulan berentap, turut diadakan pertandingan One on One Shuffle, yang menampilkan pertandingan Shuffle satu lawan satu yang kini dibuka kepada mereka yang berminat.
Kepada sesiapa yang mempunyai bakat dalam tarian Shuffle, pihak penganjur mengalu-alukan mereka yang berminat untuk turut serta dalam pertandingan. Penyertaan One on One Shuffle dihadkan kepada 50 penyertaan sahaja. Lapan peserta akan dipilih untuk ke final dan pemenang pertandingan One on One Shuffle akan membawa pulang hadiah wang tunai, piala dan hamper.
“Mereka yang berminat hendaklah membeli tiket masuk sebanyak RM20 terlebih dahulu dan membuat pendaftaran awal kerana ia diadakan pada sebelah pagi,” kata pihak penganjur.
Untuk tempahan awal, tiket dijual pada harga RM15. Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Mohd Alvin, Faye Murthy (Cats FM) melalui talian 082-311795 dan Wayne (KC) 0168000196.

No comments:

Post a Comment