Friday, January 9, 2009

Persembahan Yuna di Boulevard jadi tarikan

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa seorang penyanyi wanita yang bertudung mampu bermain alat muzik seperti gitar dan keyboard sambil menyanyi. Memilih
penyanyi dari barat Alanis Morissette sebagai idolanya, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zara, 22, berjaya memikat ramai penonton menerusi persembahannya di YunaCoustik!@Boulevard pada 30 Disember 2008 di pusat membeli-belah Boulevard bermula jam 8.00 malam.
Persembahan Yuna memang berlainan.
Pada malam tersebut Yuna menyampaikan beberapa buah lagu seperti Permission, Dan Sebenarnya, Peer Pressure, Rocket, Untitled, These Streets dan Blue Sands. Ternyata persembahan Yuna benar-benar meninggalkan kesan yang mendapat pada mereka yang baru mengenalinya.
Turut berkongsi pentas bersama Yuna ialah kumpulan Evenstarr, Shal Sagan, Luccile dan United Kids Of Oi.

No comments:

Post a Comment