Thursday, January 22, 2009

Sutera Bayu serlah bakat empat anak muda


KEMUNCULAN empat bakat muda, Rozaini, Julai, Erna Fazira, dan Nazrin masih mencari peluang untuk melebarkan lagi bakat dalam bidang seni suara. Meskipun masih setahun jagung, namun bakat yang dimiliki tidak disia-sia begitu sahaja. Mereka ialah Sutera Bayu.

Kemantapan vokal persembahan mengatasi segala-galanya untuk menggapai impain bergelar penyanyi. Keempat-empat mereka mengakui bahawa bukan mudah untuk mengejar nama dalam bidang seni, semuanya bergantung pada usaha.

Bagi mereka, usia 18 tahun tidak menghalang mereka untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian. Biar bertatih dahulu dalam bidang ini asalkan di kemudian hari mereka tahu hala tuju masing-masing.

Nasib keempat-empat anak muda ini memang baik kerana bakat mereka diperkenalkan oleh pengurus mereka yang tidak jemu mencari undangan persembahan, iaitu Encik Zam. Mereka adalah bekas ahli Tunas Budaya SK Samariang dan mereka berkumpul berdasarkan bakat.

Setiap orang daripada mereka mempunyai pengalaman dan cerita tersendiri dalam bidang seni. Mereka didedahkan dengan duania seni sejak sekolah rendah. Setiap mereka ada konsep sendiri. Julai lebih berkonsepkan pop rock, Erna lebih meminati balada, Nazril dan Rozaini lebih kepada konsep versetail.

Selain menyanyi, mereka turut menyertai kumpulan tarian yang dinamakan Sutera Bayu Dancer yang dianggotai 12 orang ahli. Persembahan pertama mereka ialah di Kembara Merdeka di Simunjan. Kemudian diikuti persembahan di Bintulu, Sibu, Miri, Serian dan bau. Selalunya mereka diundang untuk majlis makan malam, perpisahan, terbuka dan hari keluarga.

Erna pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Bintang Kecil 2005 peringkat negeri Sarawak dan tempat keempat dalam pertandingan Karaoke Pesta Satok di Tebingan Kuching. Meskipun tidak meraih tempat utama, namun naluri untuk meneruskan bidang seni suara sentiasa berkobar-kobar di hati Erna.

Rozaini pula, pembabitan pertamanya dalam bidang tarian dan pernah mewakili negeri sarawak dalam Festival Kesenian Remaja dan Kanak-Kanak anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).

Nazrin pernah meraih johan Bintang Merdeka anjuran sekolahnya dan sering muncul dalam persembahan dalam dan luar Kuching. Dia juga pernah mewakili Sarawak dalam pertandingan Reformasi Kompang peringkat kebangsaan di Air Keroh, Melaka.

Julai pula, pernah mewakili Sarawak dalam pertandingan nasyid dan juga mewakili Tunas Budaya dalam Manifestasi Tunas Budaya peringkat negeri Sarawak. “Tunas Budaya adalah sayu program anjuran KEKKWA untuk mengcungkil bakat dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Ternyata keempat-empat mereka ini adalah bekas ahli Tunas Budaya. Selepas program ini mereka dinasihatkan untuk meneruskan bidang seni.

“Usaha saya mengumpul empat anak muda ini untuk dijadikan sebuah kumpulan yang dipanggil nama Sutera Bayu. Ternyata usaha mereka ini mendapat dorongan daripada ibu bapa mereka. Sejak ditubuhkan, mereka banyak mendapat tawaran mengadakan persembahan.

“Mereka hanya menyanyi pada hujung minggu dan cuti sekolah sahaja supaya tidak mengganggu pelajaran mereka. Ini kerana kesemua mereka ini masih bersekolah. Sebagai pengurus, saya sekadar mendedahkan kepada mereka cara membuat persembahan dan ingin melihat mereka berjaya dalam kedua-dua bidang iaitu seni dan pelajaran,” jelas Encik Zam kepada Utusan Sarawak.

No comments:

Post a Comment