Thursday, January 8, 2009

Hujan di Back 2 Skool Battle N’ Gig’


KEPADA peminat kumpulan Hujan sekali gus peminat aliran muzik bawah tanah, jangan ketinggalan untuk menyaksikan kumpulan ini beraksi di acara yang dikenali sebagai ‘Back 2 Skool Battle N’ Gig’ bermula 10 Januari 2009 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang, di pusat membeli-belah Boulevard.
Difahamkan bahawa lebih 20 buah kumpulan akan beraksi pada hari tersebut. Pada masa yang sama akan memilih lima kumpulan yang terbaik untuk beraksi pentas utama pada keesokan harinya, 11 Januari 2009 (Ahad) bersama kumpulan Hujan dan 12 buah kumpulan termasuk Evenstar dan United Kids Of Oi.
Mungkin ini adalah acara yang paling mendapat sambutan di kalangan mereka yang meminati kumpulan-kumpulan yang menampilkan pelbagai genre muzik.

No comments:

Post a Comment