Monday, January 5, 2009

HDC anjur Malam Penghargaan Media


BARU-baru ini Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) menganjurkan Malam Penghargaan Media diadakan di Hotel Grand Margerita jelas terasa apabila setiap acara diselang-selikan dengan persembahan hiburan daripada wakil akhbar dan tetamu undangan.
Sudah pasti majlis yang dianjurkan oleh HDC ini meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan terutama di kalangan media dan tetamu yang hadiri. Acara dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada Suri menerusi dua buah lagu.
Setelah itu menampilkan YB Abdul Wahab bin Aziz mendendangkan sebuah lagu duet bersalah seorang kakitangan HDC menerusi lagu Di Mana Suara Burung Kenari. Tidak ketinggalan persembahan duet Nadia dari RTM bersama Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menerusi lagu Uda dan Dara. Selepas itu beliau mendendangkan lagu Oh Fatimah dengan menampilkan tiga kakitangan HDC dan tiga wakil media untuk menari di atas pentas.
Persembahan mereka diselang selikan dengan sesi cabutan bertuah yang ditunggu hadirin dengan mempertaruhkan hadiah yang cukup lumayan.

No comments:

Post a Comment